Tuesday, 2 June 2015

Ayah, kini aku faham...


Sebulan sebelum aku masuk ke KSKB, arwah ayah tinggalkan kami. Untuk selamanya. Aku ingat lagi, masa tu aku masih bekerja di Petronas gas berhad. Sehari sebelum, aku ngan rakan ke kuantan ke karnival jomheboh. Malam tu aku cadang untuk terus balik ke rumah sebab esoknya aku kerja. Tapi keganjilan berlaku. Kedua-dua mentol lampu kereta aku terbakar. High beam je yang boleh guna. Mustahil untuk aku balik dengan gunakan high beam je. Tak logik. Aku putuskan untuk bermalam di rumah rakan aku. Bermaksud aku tak akan kerja esok. EL. 

Pagi keesokkannya aku terus balik ke rumah. Arwah ayah ajak aku ke dungun untuk cari bahan untuk rawatan tradisional dia. Dua minggu sebelum tu ayah selalu sakit perut. Jadi ayah sendiri cari orang untuk rawat sakit tu. Segala bahan yang perlu untuk rawatan itu ayah sediakan sendiri. Aku hanya ikut kemahuan arwah walaupun aku tidak berapa setuju dengan rawatan tu.

Balik dari dungun, ayah rehat di bilik. Aku pula berbaring di bilik aku. Bilik kami bersebelahan je. Terpisah dengan tandas yang ada di antara bilik aku dan ayah. Mak dan adik sedang sembang kat dapur. 

Tiba-tiba aku terdengar ayah panggil mak dengan suara yang sangat menyeksakan. Aku tergamam, otak aku lambat proses. Pastu aku terus bangkit dan lari ke bilik ayah sambil panggil mak. Waktu aku sampai kat bilik, ayah sedang mengerang sakit. Kesakitan yang datang dari dalam perut. Buat pertama kali seumur hidup aku, ayah mengerang sakit. Sebelum ini, arwah ayah tak pernah mengerang sakit. Pernah ayah disengat ratusan ekor lebah, tapi lagaknya biasa je. Dan hari itu bila aku lihat ayah mengerang, aku tahu ayah sedang menanggung sakit yang amat.

Aku cuak. Mak arahkan aku untuk panggil pak cik yang nak rawat ayah sebab rumah pak cik itu dekat je dengan rumah kami. Namanya pak man (kalau tak silap). Aku lari dan panggil pak man, pak man terus datang. Ayah masih mengerang. Pak man mintak segelas air masak dan tiupkan bacaan ke dalam air tu. Ayah minum dan dengan izin Allah, kesakitan ayah kurang sikit, ayah mampu bertenang. Pak man cakap dia akan cuba rawat ayah lepas asar. Waktu tu jam baru pukul 3. Kemudian pak man balik. Masa tu mak riba kepala ayah. Aku tengok keadaan ayah macam bayi atas ribaan mak. Cukup pelik. Aku keluar dan call kakak aku yang ada di kuala lumpur. Kakak risau dan mintak aku untuk bawa ayah ke hospital, tapi aku bagi cadangan supaya biarkan dia berubat ikut kemahuannya dulu dan lepas itu aku akan bawak ayah ke hospital. Sebab semua bahan untuk rawatan tu ayah dah sediakan.

Lepas itu aku masuk ke bilik. Mak ke dapur bancuh air untuk ayah. Ayah nampak okay sikit masa tu. Aku duduk kat katil ayah. Masa ni lah ayah pandang aku dengan pandangan yang tak pernah aku lihat. Pandangan yang membawa seribu maksud, seolah-olah kami berbicara tanpa suara, tapi aku tak faham maksud pandangan itu. Aku senyum je. Aku keluar dari bilik lepas mak masuk.

Petang tu lepas selesai rawatan trandisional, aku terus call kakak. Kakak suruh aku bawak ayah ke hospital, aku setuju. Aku masuk ke bilik ayah dan pujuk ayah untuk ke hospital, lepas dipujuk mengguna nama kakak aku, ayah setuju. Ayah bangun dan nak ke bilik air untuk mandi. Aku duk kat luar. Dari luar aku dengar ayah mengerang lagi. Tapi sekali je. Aku lari masuk. Aku tengok adik tengah papah ayah, adik rupanya tidak sedap hati dan ikut je ayah masa ayah nak masuk bilik air. Waktu ayah mengerang, adik sempat sambut ayah dari terjatuh. Adik baringkan ayah kat katil. Masa ni ayah tak mengerang, cuma ayah tercungap-cungap dan nafas ayah tersekat-sekat. Aku terus ke klinik berdekatan mintak ambulans untuk datang ke rumah, tapi pihak klinik layan aku dengan ala kadar je. MA yang bertugas tu suruh aku bawa ayah sendiri datang klinik dulu. Darah terus naik ke muka dan aku tengking MA tu.


"Ayah aku tengah menggelupur la!" 

Aku terus blah. Layanan dia masa aku cemas cukup membakar jiwa. Kalau ikut hati mau je aku bagi buah singkat nyawa. Jalan terus. Tapi waras aku masih mengatasi emosi aku masa tu. Dengan berbagai prosedur yang aku kena hadap, aku decide untuk hantar ayah ke hospital sendiri. Cakap dengan MA tu hanya akan buang masa aku! Waktu genting macam tu, setiap saat cukup berharga.

Bila aku sampai je kat rumah, ayah dah tak sedarkan diri. Mak dan adik duk sebelah ayah. Jiran aku pun ada sekali. Aku kaku, aku check nafas dan nadi ayah. Tiada! Dengan lemah aku bersama adik dan jiran angkat ayah masuk ke kereta dan terus ke klinik. Sampai di klinik ayah dibawa ke bilik rawatan. Aku tunggu kat luar tu je, tak nak bertentang mata dengan MA yang membakar jiwa aku tadi. Akhirnya mak keluar dari bilik rawatan dan mengatakan ayah dah takde. Aku tertunduk. Mak tenang sambil gosok belakang aku. Tenangkan aku. Emosi bercampur baur. MA tu mintak maaf kat mak. 

Dari kronologi ni, ada 2 hikmah yang aku nampak sebenarnya. 

1) kalau lampu aku tak rosak malam tu mesti esoknya aku gi kerja. Dalam site petronas tak boleh bawak handphone. So at least aku dapat spend masa dengan arwah. Dan aku ada saat dia pergi.

2) kalau ayah sempat dihantar ke hospital, mungkin mak dan adik aku tak berpeluang untuk berada di samping ayah di saat-saat akhir. Mengajarkan syahadah.

Cuma, aku ambil masa yang lama untuk faham maksud pandangan ayah tu. 

Lepas setahun, sedikit demi sedikit aku mula nampak maksud pandangan tu. Setelah beberapa siri takdir yang mengiringi perjalanan hidup keluarga aku, hari ini barulah segalanya jelas.

Pandangan itu adalah penyerahan tanggungjawab keluarga kepada aku. Pandangan itu adalah pengharapan supaya aku memikul tanggungjawab keluarga di pundak aku. Itu yang aku faham dan itu yang aku yakin.

Benar, kadangkala kita tidak memerlukan sepotong ayat atau sepatah perkataan untuk menyatakan sesuatu.

Ayah, kini aku faham...

Sunday, 31 May 2015

Kerana aku seorang lelaki...



Wahai lelaki,
Sebelum kau ingin berbicara tentang menjadi imam kepada pasanganmu,
jadilah imam untuk keluargamu terlebih dahulu. Terutama ibumu.

Sebelum kau ingin terlihat gentleman dengan membawa beg tangan teman wanitamu, 
bawakan beg tangan dan barang ibumu terlebih dahulu.

Sebelum kau ingin menjadi romantik menyuap kekasihmu, 
suapkan ibumu dahulu.

Saat kau ingin membuat pasanganmu tersenyum dengan ulahmu, 
pastikan ibumu juga sentiasa tersenyum apabila berada denganmu.

Bila kau sanggup berbuat apa sahaja yang dipinta kekasihmu, 
laksanakan juga suruhan ibumu.

Kerana

Syurga lelaki tetap dibawah telapak kaki ibunya.

Friday, 29 May 2015

Maksud cemburu...


Cemburu. Pada aku mempunyai dua maksud. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri la.

Pertama. Cemburu kerana sayang. Ramai orang percaya dan gunapakai maksud ni. Well of course lah ramai yang akan fikir camni kan. Biasanya orang jeles sebab sayang, taknak hilang kita, takut orang rampas kita and so on. Tak perlulah aku merepek panjang pasal cemburu yang pertama nih.

Kedua. Yang ni tak ramai percaya dan tak ramai gunapakai. Tapi aku rasa macam dah terkena yang kedua ni. Dia (SAM, shortform) jeles dengan aku and sorang perempuan lain ni. Perempuan lain ni pulak ex aku dulu (FNM, juga nama shortform).

Kisahnya aku da break ngan si FNM ni, and few months lepas tu aku berkenalan pulak dengan si SAM ni atas saranan kawan2 yang tak sanggup tengok aku menderita (kononnya). Aku mula2 malas nak layan saranan kawan2 aku tu sebab aku takut ada yang ingat aku ni mudah nau bertukar pasangan dan aku tak nak SAM tu fikir aku rapat ngan dia sebab sunyi. Aku tak nak mainkan perasaan orang.

Tapi ntah macam mana aku rapat jugak dengan si SAM ni. Then aku just follow the flow la. As the time goes by, aku mula serius dengan SAM.  Mula2 memang ok, but makin lama si SAM ni makin kuat pulak jeles dengan FNM. Aku sendiri pon tak faham. FNM dah jadi sejarah aku je. Waktu aku decide untuk serius dengan SAM tu memang aku dah buang FNM. Si SAM ni tak paham and still tuduh aku masih nak kat FNM. Setiap kali chat mesti gaduh. Bila bergayut or jumpa ok plak.

Sampailah satu tahap dia punya cemburu sampai aku tak boleh tahan and kami break. Aku ambil waktu untuk bertenang. Apa yang memeranjatkan aku, lepas dua bulan camtu kot dia dah boleh pulak bersama orang lain. Orang yang dia kenal dan suka sebelum aku. Sebelum aku, dia memang dah kenal ngan laki ni, and dia syok kat laki ni cuma tak declare. Then masa bersama aku, si SAM ni ada cakap yang budak laki tu bagitau SAM yang dia sanggup tunggu SAM. Masa tu aku tak kisah sangat sebab SAM pun cakap dah lupakan budak laki tu. Eh last2 boleh pulak ended up together.

Macam mane aku boleh tahu mereka bersama? ni part yang paling dasyat. Bilik kuliah si SAM ni sebelah je Bilik Kuliah aku. Satu hari tu aku nak keluar g tandas. bukak je pintu, diorang duk dating depan kuliah aku beb. Perghhhhh perasaan masa tu Tuhan je tahu. Tak tergambar dengan kata2. Bergetar lutut, terhenti jantung beb. Lepas tu memang kerap la aku nampak diorang dua duk dating. Aku wat lex je lah. Coz i didn't have any other options.

So, berbalik kepada topik asal, cemburu kedua yang aku maksudkan bukanlah disebabkan sayang, tapi sebab mencari alasan yang kukuh untuk break up. Yup, sekadar alasan.

Dalam kes SAM ni, aku masih tak pasti, adakah dia cemburu sebab sayang atau sekadar alasan. Hanya Allah yang tahu. Aku harap jugak aku dapat dengar dari mulut dia sendiri. Sejujurnya aku rasa cemburu SAM tu hanya sekadar alasan. She wanted to get with that guy and she made things worst between us. Kalau betul lah apa yang aku rasa ni, aku just boleh tepuk tangan dan ucap tahniah pada SAM sebab dia dah berjaya.

Cuma aku harap apa yang aku rasa tu salah. Aku harap teori aku tu tak betul supaya tak lah rasa bodoh sangat aku menderita dan merindui dia selama ni. Coz' lettin' her go is the most painful thing i've ever done.

Chow...

Wednesday, 27 May 2015

Mana yang benar?




Nota penting : Aku bukanlah alim ulama untuk cakap pasal ni. Ini sekadar pandangan dan bukan dari mana2 dalil.

Waktu aku tengah tengok movie dengan sorang member aku nih, dia mengajukan satu soalan yang pernah diajukan kepadanya. Mungkin ada yang pernah terfikir atau ditanya benda ni. Soalannya berbunyi.

"Setiap orang akan cakap agama dia betul. Islam, kristian, hindu dan lain2. So mana satu yang betul?"

Terdiam aku kejap. Ni bab akidah ni beb, silap jawab lain jadinya. Aku amik masa 10 minit untuk jawab. Soalan tu bernas pada aku. Islam akan defend agama dia dengan bukti Al-quran dan hadis, tapi agama lain juga ada kitab-kitab mereka! Mereka akan jadikan kitab mereka sebagai bukti.

Pada pandangan aku, memang semua akan defend pegangan mereka atau agama yang telah dididik dari kecil. Tapi mana yang benar dan macam mana kita nak tahu mana yang benar? Jawapan yang aku bagi kat member aku ni cukup simple.

"Bila kau struggle cari kebenaran dalam agama, kau akan temui mana yang benar."

Why? Sebab Kalau kau hanya terikut dengan orang, kau akan terus defend agama kau malah keyakinan kau sendiri mungkin goyah masa nak defend agama kau.

Hujah untuk jawapan aku adalah, kita lahir dalam sesebuah agama dan kita diasuh dengan anutan tu sejak kecil. Keluarga dan persekitaran kita menjadi sebab kita terus berada dalam agama tu dan defend agama tu. So, kita hanya mengikut. Agama kita sudah diberikan oleh keluarga kita sejak kita lahir. So kita akan terus berada dalam agama tu dan mengatakan ianya benar. Namun adakah keyakinan kita kuat? Tanya hati masing-masing.

Tetapi, bila kita mula mencari agama, menyelami agama, dan mencari kebenaran dalam agama, insyaAllah kita akan temui agama yang benar dan kebenaran itu ada di dalam Islam. Waktu tu insyaAllah akidah kita akan lebih mantap. Kenapa? Bila kau cari sendiri kebenaran tu, kau bukan setakat dapat tahu mana yang benar malah kau dapat satu bonus iaitu KEYAKINAN! Keyakinan itulah yang memantapkan akidah. Kita struggle cari kebenaran, kita usaha mengenal agama dan bila kita jumpa, ianya akan beserta dengan keyakinan yang tinggi.

Normal untuk manusia lebih menyayangi apa yang diusahakan sendiri berbanding apa yang diberi. 

Kerana itulah bila orang convert kepada islam, majoritinya akan beramal betul2 malah lebih kuat dari orang yang lahir sebagai islam. Because they seek the truth by themselves! The wanted to find the truth! And once the found it, they'll grab it tight. Namun ada juga yang convert islam semata2 untuk kahwin dengan muslim. Bab tu aku tak nak ulas kerana ulasan aku adalah pada mereka yang mencari kebenaran.

So jika ada yang bertanya soalan ini, jawab je 

"kau kena cari kebenaran dalam agama kau."

Dan jika ada yang pernah terfikir persoalan ni, bolehlah mula untuk mencari kebenaran dalam agama. Jangan hanya mengikut orang. Kenal diri dan kebenaran ada di situ.

I'm proud to be a Muslim. Yes, I am a Muslim and if i did something wrong, blame me. Do not blame Islam.

Cheers!

Friday, 1 May 2015

Pesakit gigi yang penakut

Entry ini ditulis sewaktu aku sedang sakit gigi.


Setelah sekian lama tak kunjung tiba, hari ni sakit gigi telah kembali menjelma. Perghhhh. Sakit dia memang tak pyah nak citer. Memang kaw2. Hari ni hari pekerja + Jumaat so mmg klinik kat jitra ni tutup. Tapi disebabkan sakit melampau, aku sampai google klinik swasta yang berdekatan. Kos memang aku tak risau dah. Tapi masalahnya dr gigi takkan cabut gigi kalau gigi tengah sakit, so aku tangguhkan dulu hasrat hati aku untuk ke klinik gigi swasta. Telan je la panadol dulu untuk malam ni.

Throwback sikit. Sebenarnya dulu aku cukup takut nak g klinik gigi. Tahun lepas hampir 3 bulan aku merana sakit gigi. Ramai la member2 duk suruh g cabut tapi aku berkeras tak nak. Mane tak takutnya kalau duk dengar citer saraf gigi berkait ngan otak la, itu la, ini la. Seriau weh. Tapi aku dah tak tahan aku g jugak klinik gigi kerajaan. Tapi malam sebelum aku pegi tu memang aku google habis pasal cabut gigi kat klinik kerajaan ni. Aku google sebenarnya untuk cari kekuatan dan aku harap aku jumpa perkataan "tak sakit". Hahaha punyelah penakut. Dan aku dapat kekuatan tu sebab masa google tu sume cakap tak sakit. Esoknya aku pon pegilah klinik yang berkenaan. Degupan jantung masa tu takyah citer la, mmg 2000 RPM. Sedang duk tunggu tu nombor aku dipanggil. Aku tau dia akan bius dulu pastu tunggu kat luar, so part ni aku masih boleh kawal nervous aku. Siap suntik bius sume aku tunggu kat luar. Haaaa time ni la yang berdebar maximum. Tunggu punya tunggu nombor aku dipanggil, aku melangkah memang tak pijak tanah masa tu. Cuak giler. Then aku pon baring (wat2 tenang...kononnya!). Sebelum doktor tu cabut dia try ketuk-ketuk dulu dan tanya aku sakit ke tak? Aku jawab la tidak. Then tak sampai 2 minit doktor tu cakap dah siap. Aikkk aku punyalah teruja waktu tu. Teruja sebab cabut gigi ni tak sakit rupanya. Kahkahkah. Senyum jer aku keluar dari klinik tu sebab aku dah berjaya atasi ketakutan aku. Sejak tu lah aku tak takut cabut gigi. 

Dan cerita tu kembali lagi hari ni. Sakit gigi tu datang lagi. Kalau sebelum ni aku sanggup tahan 3 bulan sakit gigi, tapi harini tidak lagi, Baru jer rasa sakit aku terus nak g klinik. Nampak tak perbezaan dia? Hahaha bangga kot sebab tak takut dah.

Pape pun tunggu sakit ni hilang sikit baru aku pegi klinik. Hurmmmm.

Choww.

Thursday, 9 April 2015

Egonya seorang anak.

Adam Mukhriz, anak sedare sulung aku yang memang jadi kesayangan aku la. Aku rase aku je yang manjakan dia dalam ramai-ramai adik beradik aku. Sejak dari dia kecik aku la duk layan dia, bawak pegi jalan-jalan, Bawak pegi kedai, pegi culik dia kat umah ibu dia bawak balik umah aku. Hehehe. Jangan culik anak dara orang sudaaaa.

Dalam 3 minggu lepas, waktu tu aku cuti mid sem. Balik kampung, kebetulan akak aku (ibu adam) balik rumah mak aku sebab cuti sekolah. Memang duk melayan anak buah je la aku. Dalam minggu tu jugaklah terjadi peristiwa yang membuatkan aku sedar tentang egonya aku sebagai seorang anak. Semuanya sebab Adam.

Aku ingat lagi waktu tu Adam main2 dengan kayu pastu buat2 nak pukul ibu dia. Aku duk dalam bilik. Tetiba aku dengar adik aku marah Adam. Sampai meraung budak tu. Aku pun keluar la, pastu adik aku cakap dia nk pukul akak aku ngan kayu. Aku pon tak jadi la nak defend anak sedara aku tu. Ye la, walaupon dia just main-main tapi tak elok dibiar. Then aku pon pegi la kat adam, aku membebel la. Lagi kuat dia meraung. Aku biarkan dulu. Lama sikit tu aku pon pegi balik kat Adam. Nak buat-buat baik la kononnya, sekali dia merajuk pulak. Aku try dukung dia, dihentaknya kepala dia kat muka aku. Perghhhhhhh. Sakit der. Walaupun dia tu budak tapi tengkorak dia dah cukup keras. Hahaha. Waktu tu memang aku bengang la tapi aku tak marah. Aku just letak dia kat tepi then pegi tandas. Check takut bleeding ke ape muka aku ni. Kah kah kah. Lepas confirm takde bleeding aku pun ke dapur untuk mengisi perut. Aku cedok nasi dan makan sambil sembang ngan akak aku. Tibe-tibe ada sebiji bola lisut masuk dalam pinggan aku dan terpelanting ke muka aku, terkejut aku, aku tengok Adam yang baling. Menyirap aku masa tu! Aku bangun pegi kat dia n sergah dia "apa kau nak???!!!".. SubhanAllah. Tu la kali pertama dalam hidup aku aku tengking dia. Memang aku tengah marah gile mase tu, Aku terus basuh tangan pastu lepak kat luar untuk sejukkan hati aku ni. Aku pun tak tahu asal aku garang sangat aritu. 

Petang sikit aku lepak lam bilik, online. Pastu si Adam tadi masuk. Aku memang dah sejuk masa tu dan rasa besalah sebab tengking dia pun ada. Aku tanya la, nak apa, dia jawab slow je "nak mintak maaf ngan ayah teh". Sambil hulur tangan nak salam. Perghhhh..terkesima aku. Lepas tu dia keluar. Masa tu la aku teringat time kecik-kecik dulu. 

Dulu, kalau aku buat salah ngan mak aku, aku akan suruh akak aku pegi mintak maaf untuk aku. Ayat yang biasa akak aku guna "mak, ayen cakap dia mintak maaf". Sambil tu aku ngintai la akak aku sampaikan pesanan tu. Lepas tu baru aku lega, tapi adam, minta maaf sendiri.

Sekarang, seingat aku, raya je aku mintak maaf ngan mak aku. Egonya aku. (Jap nak pegi amik tisu) 

Sejak aku form 3 rasenya takde kot aku buat salah direct ngan mak aku. Tapi aku risau kalau dalam aku tak sedar mak aku terguris ngan aku. Harapnya takde la. Tapi macam mustahil je kalau mak aku xde terguris ngan aku sepanjang 10 tahun ni.

Mungkin sebab aku rasa aku xde buat salah kot sebab tu aku tak mintak maaf selain hari raya. Dan aku harap aku akan terus dapat jaga hati mak aku. Cukup lah waktu kecik je aku buat dia marah, sedih dan sebagainya. Dewasa ni aku hanya nak buat dia tersenyum. 

Adam dah sedarkan aku tentang ego aku, insyaAllah lepas ni aku akan ringankan mulut untuk ucapkan permohonan maaf kat mak aku.




Wassalam...

Friday, 3 April 2015

Laksamana Sunan

Sunan.

Nama yang agak pelik. Tapi tu gelaran je. Nama sebenar Laksamana Sunan ialah Saifudin Jalis. Hidup di kurun ke 15 iaitu sebelum kedatangan portugis ke melaka. Sunan cukup memberi kesan dalam hidup aku. Ilmu persilatan dan ilmu agama yang ampuh menjadi bekalan hidup sunan. Dengan sunan aku belajar banyak perkara. Soal akidah, akhlak dan adab.



Oh ya, Sunan ni watak novel ye. Kah kah kah. Cerita macam betul wujud jek. Laksamana sunan ni watak ciptaan Ramlee Awang Murshid. Dulu aku malas nak baca kisah sunan ni walaupun aku peminat RAM, sebab kisah-kisah dahulukala. Tapi bila aku baca review dia, terus aku decide nak baca sebab dia punya cerita pasal merentas masa tu. Aku ni minat ke arah sci-fi sikit.



So aku pon start baca novel Bagaikan Puteri iaitu kemunculan pertama laksamana sunan. Terus jatuh cinta der dengan watak sunan, habis semua 7 novel pasal sunan ni aku baca. Kat sini aku nyatakan siri Laksamana Sunan.

1) Bagaikan Puteri
2) Cinta Sang Ratu
3) Hijab Sang Pencinta
4) Cinta Sufi
5) Sutera Bidadari
6) Sunan Musafir
7) Sunan : nanggroe Sang Kembara

Semua novel kat atas aku dah baca. Memang best citer dia. Macam novel-novel tulisan RAM yang lain, core dia adalah Agama, cinta hanya penyeri.

Sedikit Review dari aku :

Saidudin ni orang tanah melayu yang berasal dari kampung Punggor, Johor. Dia kena fitnah dengan orang yang dia cinta masa remaja. Akibat dari fitnah tu, dia kena hukum di Khalayak Ramai oleh penghulu kampung punggor iaitu ayahnya sendiri. So dia merajuk dan bawa diri. Berbelas tahun dia hilang. Rupanya dia berguru di Aceh dan jadi anak asuhan kepada alim yang bernama wali sufi. Kat situ lah dia belajar agama dan persilatan. Disebabkan dia sangat suka ikut sunnah Rasulullah SAW, orang aceh menggelarnya sunan. Dengan ilmu persilatan yang dia ada, dia membantu memerangi kejahatan di tanah aceh hingga nama dia tersohor sampai ke tanah melayu.

Yang menarik aku untuk baca cerita ni adalah bila haryani (gadis dari abad 21) telah tercampak ke zaman sunan dalam komanya akibat kemalangan. 

Nak tahu lebih kena baca sendiri. Hehehe.

Apa yang aku nak cakap, bila baca kisah sunan ni, banyak menginsafkan aku. Aku rasa Ramlee Awang Murshid dah berjaya dalam menyebarkan dakwah dalam tulisannya. Watak sunan menjadi kegilaan peminat-peminat Abang Ramlee nih.

Well done.

Pada yang belum baca tu, bacalah. Memang terbaik. Asyik baca novel suamiku bla bla bla jek bosan juga iye dak? Hahaha.

Chow!

Thursday, 2 April 2015

Kapal Layar

Bucket list ni dalam makna kata senang dia things to do before you die. Aku ada jugak beberapa list dalam bucket aku. Harini aku nak tulis tentang satu daripadanya iaitu kapal layar. 

Antara impian aku, nak bina sebuah kapal layar yang ala-ala zaman melaka. Ni lah antara impian yang aku rasa paling gile dan aku sendiri pon tak pasti dapat ke idak aku laksanakan. Lagipun waktu aku kat dunia ni pon tak lama dah. 

Well berbalik pada kapal layar. Zaman sekarang sume pakai kapal yang ada enjin. Kapal layar pun untuk main monsun je. Kapal yang aku nak ni memang dah xnampak kat laut dah. Full wood! Kalau ada pun kat muzium. 

Kalau nak jadikan benda ni realiti satu ke nak kena ada. Benda yang sangat digilai oleh Mr. Crab dan Mail. Kenal? Tak??? Tak tengok kartun je jah oiiiiii?? Hahaha. Bendanya adalah duit. Kalau ada duit kejap je benda ni boleh jalan. Tapi nak buat macam mana, impian kan, aku masukkan jugak dalam bucket list.

Aku suka sejarah dan laut. Sebab tu aku boleh terimpikan benda gile ni. Advance! Panglima Awang, pelabuhan Melaka, Jong Inai dan lanchang kuning. Waaaaaa. Best kalau dapat menjiwai pengembaraan mereka. 

Kalau aku bina kapal ni (tak tahu bila), memang full wood dan layar je. Takde enjin. Pastu upah crew untuk handle layar. Tak pandai? Aku ajar camne nak handle bendalah bernama layar tu. Then aku nak meredah laut dua tiga malam. (perairan malaysia je la. Kalau keluar sempadan mampus aku kena tembak!) aku cuma nak feeling tu jer pon. Waaaaaaa (pejam mata sambil senyum) 

Cukuplah kot melalut dipagi hari ni.



Chow!

Wan dan Epa

Assalamualaikum..


Entri ni aku buat khas untuk dua orang adik aku iaitu epa dengan wan. Nama sebenar dirahsiakan. Sebenarnya aku bukan nak cakap sangat pon pasal diorang dua orang yang sweet ni (hahaha sempat lagi menganjing). Tapi aku tulis ni sebab aku ade satu dosa besar ngan diorang nih. Aku tak berani nak confront ngn diorang, so aku pilih untuk berterus terang dalam blog. Ok tak? Aku assume ok lah. Boleh? Aku assume boleh lah. (Bengong, ko yang tanya ko yang jawab)




Untuk wan, aku memang dah anggap ko macam adik kandung aku (walaupon aku tak tunjuk). Biasalah lelaki kan, ego. Ingat lagi tak kat dataran merdeka masa ko hampir putus ngn epa? Aku punya susah ati Tuhan saja yang tahu. Aku dah banyak kali frust, aku tau camne rase dia. Apa yang buat aku risau malam tu sebab aku tau ko sayang gile kat epa, kan??? Eleh, malu ler tu.



Untuk epa pulak, epa ni pon memang aku anggap macam adik kandung aku. Aku ni takde adik perempuan, so sejak kenal ngan epa ni, aku ada pengalaman baru melayan adik yang nakal dan comel. Nak cakap sayang tak boleh sebab aku takut ada orang marah. Hihihi. 



Honestly, aku rasa dua orang di atas adalah orang paling rapat dengan aku kat KSKB. Walaupon jarang dah hang out sekali, ditambah pulak sekarang duk jauh, aku masih rasa diorang family aku.

So point aku, aku ada buat salah ngan diorang ni dan perkara ni buat otak aku terbeban tiap kali aku fikir pasal benda ni. Tapi aku buat semua ni bersebab.

Ok, kisah ni bermula pada tarikh berapa ntah. Masa tu aku dah janji dengan si wan ni untuk pergi ke majlis pertunangan sepupu aku. Baik punya plan. Tup tup di hari kejadian, dia pulak tiba-tiba tak nak pegi. Haishhh. Geram pulak aku rasa waktu tu. So menungganglah WUG sorang-sorang menuju ke majlis sepupu aku tu. Dengan nak hujan, dengan nak malam, aku redah jugak lah selama 2 jam.

                                                      
Sampai je kat tempat majlis, aku tengok sepupu aku (yang bukan bertunang tu) pakai gaun yang agak cantik. Tiba-tiba berbisiklah seekor makhluk bernama syaitan ke telinga aku ni. Disebabkan aku geram ngan wan, aku plan nak kenakan dia. So aku shoot gambar ngan sepupu aku kat pelamin then aku cakap aku yang bertunang. Aku yakin dia mesti bengang bila tau aku bertunang. Plan aku menjadi bila dia memang betul-betul bengang. So aku ingat esoknya baru aku nak bagitau hal sebenar.


Tapi lain plak yang jadi. Wan cakap nak bagitau epa, aku bagi lah sebab aku fikir esok aku explain la kat diorang. Zasssss epa terus call aku. Aku tengah main snuker ngn cousin aku masa tu. Aku pon cakaplah tengah hang ngan family. Epa tak puas hati, dia whatsapp aku pulak mintak pengesahan. Yang aku takleh blah dia siap tanya "sumpah?" Then aku jawab "smpah". Padahal aku taip "sampah" masa tu. Hahaha. Dia cakap nak upload dalam moment. Aku cakap ok je sebab tengah main snuker kot. Lagipon aku fikir epa tak friend ngan budak kelas aku. 

Lepas tu aku tak tahu macam mana gambar yang epa post tu boleh masuk dalam group laki budak kelas aku. Hambek kau, kecoh dalam group. Aku dah tepuk dahi. Ramai gile orang PM aku. Aku pon iakan jelah. 



Lepas tu plan aku nak berterus terang keesokkannya tu ditangguhkan. Gila kau satu kelas tau takkan esok aku terus nak cakap tipu. Biarlah benda ni sejuk dulu. Dan sampai sekarang tak ramai yang tau benda sebenar. Fuhhhhh. 

Besar dosa aku. Tapi aku dapat satu kelebihan dengan penipuan ni. Sudut positifnya, bila sume orang tau aku bertunang, mesti ex aku si budak melaka tu pun tahu. So sekurang-kurangnya aku boleh berhenti berharap pada budak melaka tu. Kenapa macam tu? Sebabnya aku boleh cakap kat kepale hotak aku yang degil ni bahawasanya kalau budak melaka tu tau aku bertunang, ofkoz dia takkan balik pada aku (walau hakikatnya dia memang taknak balik pada aku). Sebelum ni aku masih berharap dia akan kembali pada aku. Harapan aku tu tetap ada walau hanya 6% (bersamaan dengan nilai GST). Bila dia tau aku bertunang, aku boleh yakinkan diri aku yang harapan untuk dia balik pada aku telah tertutup. Zero! Tiada harapan langsung! So aku dapat kekuatan untuk berhenti berharap.

                                                              

So entri kali ni khas untuk wan ngan epa. Ni penjelasan aku. 

Sorry guys. Aku harap korang tak marah aku. Aku geram kat kau je wan. Tak sangka jadik macam ni. Aku tau mesti korang bengang gile. Tapi aku janji nanti bila aku nak bertunang, korang dulu akan tau. Okay?

Maafkan aku.
Ayen Ismail.
(Sorry xleh sain)

Sunday, 15 February 2015

Lelaki dan Novel...

Lelaki dan Novel

Tetibe terfikirkan novel. Tak pelik pun lelaki baca novel, tambah pulak sekarang ni dah banyak novel-novel urban yang sesuai dibaca oleh golongan lelaki.



Memang aku seorang pembaca novel but she dont! pelik, hehehe. Btw karier aku dalam pembacaan novel ni bermula dari aku sekolah menengah lagi. Aku belek pun sebab bosan, tapi rasa syok pulak. Aku banyak jugak baca novel cinta sampai satu saat aku perasan sesuatu dalam novel cinta ni yang membuatkan aku berhenti membaca. Apa yang aku perasan, dalam novel cinta ni (most of them) yang hero ni mesti kacak dengan kaya dan heroin pulak mesti cantik. Start dari tu lah aku cannot go terus dengan novel cinta sebab ada sedikit kemenyampahan disitu. Hahaha. Ini pendapat aku jer. So aku cuti tanpa gaji jap dari membaca novel ni. Then the next few years kawan aku promote novel Ramlee Awang Murshid, novel thriller katanya. 



Aku start baca novel RAM yang bertajuk Mikhail seperti yang disarankan oleh kawan aku tuh. Tu novel RAM pertama yang aku baca, lepas habis je aku baca novel Mikhail tu aku jadi macam "Wow!". Gaya penulisan, jalan cerita, unsur suspens, cinta yang digunakan oleh RAM ni betul-betul dah tambat hati aku. Novel Mikhail memang best giler!



Sejak tu aku mula baca novel-novel tulisan RAM. Aku jadi pengumpul koleksi novel RAM. Berbaloi beb aku beli. Dari pemerhatian aku, dalam penulisan RAM ni, beliau cukup menekankan elemen agama. Aku jugak ada tengok video temuramah beliau, katanya "agama adalah wajib, elemen cinta ibarat gula dalam kopi" dalam setiap novel tulisan beliau. Maknanya core penulisan beliau adalah aksi dan agama, cinta hanya penyedap sikit-sikit je. 



Berbeza dengan novel-novel cinta yang ada kat pasaran sekarang yang 93% dari isi novel berkonsepkan cinta semata-mata dan penghujungnya mesti "they live happily ever after", oh come on! part ni yang cannot go ni. Dalam novel tulisan RAM pulak, kadang ada jugak heroin tak bersama ngan hero at last. Beliau pandai twist plot. Boleh pulak tiba-tiba hero bersama dengan watak yang baru muncul di bab-bab terakhir. Ceritanya lebih natural dan berkonsepkan realiti.

Tambahan, RAM cukup bijak bermain dengan elemen psikologi. Kena baca novel Rahsia Perindu dan Fiksyen 302 then kepala akan berpusing sebab pening!






Chow!

Sunday, 8 February 2015

Jaguk

Assalamualaikum...

Jaguk! Nama jaguk ni arwah ayah aku pernah guna untuk bot kayunya. Masa tu aku takde pun lagi kat dunia yang fana ni. Cerita ni pun aku dengar dari abang dan kakak aku.



Btw, satu hari bot arwah hilang A.K.A tenggelam. Sampai kesudah tak jumpa. Pastu ada orang bagitau arwah ayah yang nama jaguk ni nama buaya jadian. Hahaha. Ntah betul ntah tidak wallahuahlam. 


Arwah ayah bukan nelayan pun tapi dia suka kelaut. Mungkin sekadar hobi. Apa yang aku perasan aku pon lebih minat ke arah laut. Bukan sebagai sumber pencarian, tapi sekadar untuk tenangkan diri.


Lepas si jaguk tu tenggelam, lama jugak arwah ayah menyepi. Then lepas tu baru dia bina bot baru yang berasaskan kayu dan fiber. Buat depan rumah je sebab anak sepupu arwah ayah buat bisnes fiber, so arwah ayah belajar dari anak sepupu dia la. Tak sangka siap juga bot arwah ayah dan yang lebih tak sangka bot tu terapung. -,- (buat tanpa ada basic kot)

Tapi ada satu kata-kata arwah ayah yang masih aku pegang sampai ke hari ini, "kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh?"

Tercetusnya nama blog ni ilham dari fikiran aku yang sukakan laut dan bot. Aku suka lepak kat jeti sebab aku rasa aku hilang dari kesesakkan dunia kejap.

Dan sampai la hari ni aku masih lagi suka untuk tenangkan diri kat jeti.

Sekian je la entry kali ni.

Chow!

Sumber gambar :