Friday, 29 May 2015
Maksud cemburu...
Cemburu. Pada aku mempunyai dua maksud. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri la.
Pertama. Cemburu kerana sayang. Ramai orang percaya dan gunapakai maksud ni. Well of course lah ramai yang akan fikir camni kan. Biasanya orang jeles sebab sayang, taknak hilang kita, takut orang rampas kita and so on. Tak perlulah aku merepek panjang pasal cemburu yang pertama nih.
Kedua. Yang ni tak ramai percaya dan tak ramai gunapakai. Tapi aku rasa macam dah terkena yang kedua ni. Dia (SAM, shortform) jeles dengan aku and sorang perempuan lain ni. Perempuan lain ni pulak ex aku dulu (FNM, juga nama shortform).
Kisahnya aku da break ngan si FNM ni, and few months lepas tu aku berkenalan pulak dengan si SAM ni atas saranan kawan2 yang tak sanggup tengok aku menderita (kononnya). Aku mula2 malas nak layan saranan kawan2 aku tu sebab aku takut ada yang ingat aku ni mudah nau bertukar pasangan dan aku tak nak SAM tu fikir aku rapat ngan dia sebab sunyi. Aku tak nak mainkan perasaan orang.
Tapi ntah macam mana aku rapat jugak dengan si SAM ni. Then aku just follow the flow la. As the time goes by, aku mula serius dengan SAM. Mula2 memang ok, but makin lama si SAM ni makin kuat pulak jeles dengan FNM. Aku sendiri pon tak faham. FNM dah jadi sejarah aku je. Waktu aku decide untuk serius dengan SAM tu memang aku dah buang FNM. Si SAM ni tak paham and still tuduh aku masih nak kat FNM. Setiap kali chat mesti gaduh. Bila bergayut or jumpa ok plak.
Sampailah satu tahap dia punya cemburu sampai aku tak boleh tahan and kami break. Aku ambil waktu untuk bertenang. Apa yang memeranjatkan aku, lepas dua bulan camtu kot dia dah boleh pulak bersama orang lain. Orang yang dia kenal dan suka sebelum aku. Sebelum aku, dia memang dah kenal ngan laki ni, and dia syok kat laki ni cuma tak declare. Then masa bersama aku, si SAM ni ada cakap yang budak laki tu bagitau SAM yang dia sanggup tunggu SAM. Masa tu aku tak kisah sangat sebab SAM pun cakap dah lupakan budak laki tu. Eh last2 boleh pulak ended up together.
Macam mane aku boleh tahu mereka bersama? ni part yang paling dasyat. Bilik kuliah si SAM ni sebelah je Bilik Kuliah aku. Satu hari tu aku nak keluar g tandas. bukak je pintu, diorang duk dating depan kuliah aku beb. Perghhhhh perasaan masa tu Tuhan je tahu. Tak tergambar dengan kata2. Bergetar lutut, terhenti jantung beb. Lepas tu memang kerap la aku nampak diorang dua duk dating. Aku wat lex je lah. Coz i didn't have any other options.
So, berbalik kepada topik asal, cemburu kedua yang aku maksudkan bukanlah disebabkan sayang, tapi sebab mencari alasan yang kukuh untuk break up. Yup, sekadar alasan.
Dalam kes SAM ni, aku masih tak pasti, adakah dia cemburu sebab sayang atau sekadar alasan. Hanya Allah yang tahu. Aku harap jugak aku dapat dengar dari mulut dia sendiri. Sejujurnya aku rasa cemburu SAM tu hanya sekadar alasan. She wanted to get with that guy and she made things worst between us. Kalau betul lah apa yang aku rasa ni, aku just boleh tepuk tangan dan ucap tahniah pada SAM sebab dia dah berjaya.
Cuma aku harap apa yang aku rasa tu salah. Aku harap teori aku tu tak betul supaya tak lah rasa bodoh sangat aku menderita dan merindui dia selama ni. Coz' lettin' her go is the most painful thing i've ever done.
Chow...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment